Produksi The Man from U.N.C.L.E. (filem)

Pemilihan pelakon

Pada Mac 18, 2013, Tom Cruise berada dalam perbincangan awal untuk melakonkan watak utama. Armie Hammer telah dipilih untuk watak Illya Kuryakin pada April 24, 2013. Pelakon Sweden, Alicia Vikander menyertai filem ini pada Mei 8, 2013 sebagai watak wanita utama.[5] Pada Mei 23, 2013, Cruise keluar daripada projek filem ini kerana komitmen beliau bersama Mission: Impossible – Rogue Nation.[6][7] British actor Henry Cavill replaced Cruise.[8][9][10] Elizabeth Debicki telah dipilih untuk peranan wanita pada Julai 31, 2013.[11] Pada Ogos 8, 2013, Hugh Grant menyertai barisan pelakon sebagai Alexander Waverly.[12] Jared Harris telah dipilih untuk watak Saunders pada September 4, 2013[13] dan Luca Calvani telah dipilih untuk watak Alexander.[14] Simona Caparrini juga dipilih untuk watak Contessa.[15]

Penggambaran

Fotografi utama filem ini bermula pada September 9, 2013.[16] Pada bulan Oktober 2013, penggambaran berlangsung di Kolej Tentera Laut Diraja Lama di Greenwich, Royal Victoria Docks, London da Litar Perlumbaan Motor Goodwood di Sussex Barat, UK.

Penggambaran mengambil tempat di pelbagai lokasi di Itali termasuk Teluk Naples dan Istana Baiae.[17]

Rujukan

WikiPedia: The Man from U.N.C.L.E. (filem) http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=uncle.htm http://deadline.com/2015/08/straight-outta-compton... http://www.deadline.com/2013/05/henry-cavill-in-ta... http://www.deadline.com/2013/05/shocker-tom-cruise... http://www.deadline.com/2013/09/luca-calvani-lands... http://www.gmanetwork.com/news/story/325640/cbb/pr... http://hollywoodreporter.com/news/jared-harris-joi... http://www.hollywoodreporter.com/news/hugh-grant-j... http://www.imdb.com/title/tt1638355/ http://manfromuncle.com/